Faktor-faktor menyebabkan ‘burnout’

      No Comments on Faktor-faktor menyebabkan ‘burnout’

1) Beban kerja berlebihan

Beban kerja terlalu banyak, kurang rehat dan tiada aktiviti sosial menyebabkan tubuh badan (fizikal) menjadi terlalu letih dan lesu. Ini menjadi lebih teruk apabila seseorang itu tidak mendapat tidur yang cukup serta kurang sokongan daripada rakan sekerja, majikan dan keluarga.

2) Kerja di luar kepakaran, bidang tugas atau minat

Iaitu melakukan sesuatu di luar kepakaran atau secara paksaan tanpa minat mendalam boleh menimbulkan tekanan (stress). Ini kerana seseorang individu itu tidak dapat mencapai tahap kepuasan dalam bekerja, sentiasa berasa bimbang tentang mutu kerja serta sering berasa tidak cukup bagus dalam menjalankan tugasan tersebut. Ia mungkin menimbulkan rasa rendah diri dan sering membuat perbandingan dengan rakan tugas yang lain.

3. Personaliti

Terdapat beberapa ciri personaliti individu yang boleh menyebabkan mereka cenderung untuk mendapat tekanan serta ‘burn-out’.

a) Individu yang terlalu mementingkan kesempurnaan dalam semua tugas.

b) Individu yang meletakkan target serta pencapaian yang tinggi.

c) Individu yang sukar memberi kepercayaan kepada orang lain dan lebih gemar melakukan
tugasan secara sendirian.
d) Individu yang sentiasa berfikiran pesimis atau buruk sangka terhadap diri sendiri dan orang
lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *