Apa itu burn-out?

      No Comments on Apa itu burn-out?

Terma ‘burnout’ ini telah diperkenalkan tahun 1974 oleh seorang pakar psikologi bernama Herbert Freudenberger, ianya kemudian diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai satu sindrom klinikal tahun 2019.

‘Burnout’ didefinasikan sebagai satu keadaan di mana seseorang individu mengalami keletihan fizikal dan psikologikal (fiikiran) disebabkan oleh pekerjaan atau kehidupan professional.  Terma ini digunapakai dalam isu stress di tempat kerja.

Pekerjaan sebenarnya bukan sahaja merupakan punca pendapatan seseorang, tetapi ianya juga boleh menjadi punca kepada tekanan fizikal dan psikologikal serta menjejaskan kesihatan mental sekiranya tidak dikendalikan dengan baik.

Di Amerika Syarikat, didapati bahawa doktor dan individu bekerja di persekitaran mempunyai kadar stress tinggi mempunyai risiko mendapat ‘burnout’ sebanyak dua kali ganda berbanding dengan pekerja lain.

Kajian di United Kingdom (UK) mendapati seramai 526 ribu pekerja mengalami ‘burnout’. Di Malaysia, satu kajian telah dijalankan oleh AIA Vitality dan mendapati 53 peratus pekerja di negara Malaysia mengalami sekurang-kurangnya satu dimensi ‘burnout’ di tempat kerja.

Kajian tersebut juga mendapati, 12 peratus pekerja mengalami tahap kemurungan serta gemuruh (anxiety) yang agak tinggi.  Ini sangat membimbangkan kerana anxiety dan burn-out boleh menyebabkan seseorang akan bertindak diluar jangkaan seperti bunuh diri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *