Mengapa merasa letih?

      No Comments on Mengapa merasa letih?

Jika berasa terlalu letih atau kurang tenaga, anda tidak bersendirian.

Keletihan mungkin disebabkan oleh faktor mudah seperti kurang tidur atau diserang selsema, batuk atau demam selesema. Walau bagaimanapun, ia juga boleh disebabkan oleh keadaan kesihatan yang memang telah sedia ada.

Walaupun semua orang berasa letih dari semasa ke semasa, keletihan kronik boleh menjejaskan kualiti hidup dan menghalang daripada melakukan perkara yang disukai.

Dalam kebanyakan kes, keletihan boleh dipulihkan dengan gaya hidup atau pengubahsuaian diet, membetulkan kekurangan nutrien, atau merawat keadaan perubatan atas penyakit yang dialami. Namun, untuk memperbaiki keletihan, anda perlu memahami puncanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *